"Kau tak kerja ke hari ni?".. Inilah soalan yang ditujukan kepada aku hampir setiap hari oleh housemateku, dan keluargaku ...
Soalan ni boleh buat aku sakit perut bila ditujukan sebaik sahaja aku baru sampai rumah & baru nak rest sebab habis kerja pukul 6 pagi.
You see, disebabkan aku kerja tak tentu masa & tak tentu hala, susah orang nak budget aku keje ke tak hari ini, esok dan hari-hari yang seterusnya. kalau aku tunjuk jadual kerja aku pun, belum tentu orang boleh paham. dan jadual kerja aku tu pulak tertakluk kepada terma dan syarat (boleh berubah sekejap2 & sentiasa diupdate setiap minggu). Kadang2 dalam seminggu tu kau kerja straight 7 hari, kadang2 lebih dari 7 hari. cuti kadang2 1 hari, kadang2 dua hari, setengah hari pun ada (tak cuti le maknanya tu..) Apa-apa pun, kerja tetap kerja. Kalau aku takde kerja, macam mana aku nak bayar balik loan PTPTN, bayar loan kereta, bayar sewa rumah, bayar dekat mamak nasi kandar al-fairos..
owh..in case you're wondering, esok aku keje pukul 8 malam sampai 7 pagi keesokkan harinya.
(image taken from diet-blog.com)
No comments:
Post a Comment